Pembunuhan Kejam Yang Mengemparkan Negara - Berakhir
PADA penghujung bulan Ramadhan tahun 2010, seluruh negara DIKEJUTKAN dengan berita jenayah paling mengemparkan pada tahun 2010 iaitu kes pembunuhan jutawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga kenalan yang bersama-sama dengannya yang melibatkan seorang peguam. Cara pembunuhan dan perbuatan melupuskan mayat yang sangat KEJAM telah menimbulkan kemarahan masyarakat di seluruh negara.
Setelah sekian lama perbicaraan, pagi ini 23 Mei 2013 di Shah Alam, bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang didapati BERSALAH atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain pada 30 Ogos 2010. Kesemua tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Didapati Bersalah Dan Dihukum
Gantung Sampai Mati
Gantung Sampai Mati
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu
Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos, tiga tahun lalu .
Keempat-empat mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad sementara Kathavarayan diwakili oleh Hasshahari Johari Mawi.
Kes ini mula dibicarakan pada 4 Julai 2011 dan mengambil masa selama 113 hari dengan 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan di mahkamah.
Sebanyak 742 bahan bukti telah dikemukakan manaka 6,000 muka surat nota keterangan direkodkan.
Dalam pada itu, peguam Pathmanabhan iaitu Manjeet berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari.
p/s : setiap jenayah harus terima pembalasan yang sewajarnya.


.jpg)






